Rabu, 19 Oktober 2011

Banner Ceramah Perdana

Buat pertama kalinya Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz mengadakan sesi ceramah perdana di negeri di bawah bayu Sabah. Kedatangan beliau yang diberi gelaran ustaz youtube ini memang dinanti nantikan oleh penduduk Sabah. Jika ditonton siri ceramah beliau menerusi web video terkenal Youtube, pasti teruja kerana ceramahnya bukan hanya spontan malah membuatkan penonton terhibur dengan gelagat dan kaedah penyampaian ilmu yang penuh berinovasi. Pengerusi masjid Annur, Ustaz Harun Hj Sarail memberi kepercayaan pada saya untuk merekabentuk banner, poster dan backdrop untuk tujuan tersebut. Inilah hasil pertama saya diketengahkan untuk memberi sumbangan terhadap Islam, terutama dalam usaha dakwah dan perkembangan syiar Islam di bumi Sabah. terima kasih Ustaz Harun.

Banner Aidilfitri 2011

Banner Sempena Aidilfitri ini memberi impak yang sangat menarik. Ramai yang memujinya cantik, terima kasih dan alhamdulillah kerana ada juga yang menghargai hasil seni ini. SENI UNTUK SEMUA

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak...Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Dia masih memberi ku inspirasi dan ilham dalam proses merekabentukrupa banner di atas. Proses tersebut memakan masa selama 3 jam untuk disiapkan walaupun sakit juga kepala memikirkan terutama dalam susunletak gambar. Syukran.

Khamis, 14 Julai 2011

DAPATKANNYA SEBELUM TERLEWAT !
Tawaran Hebat Cuma RM30  RM20 sahaja

KOLEKSI TEMPLAT ADOBE PHOTOSHOP (PSD) ;
Backdrop 1 Malaysia, Banner Sukan, Cover Majalah, Cover Presentation, Design Mug, Design Shopping Bag, T-Shirt, Kad Hari Jadi, Header Blog, Huruf Motivasi, Islamik Hadis, Islamik Mutiara Kata, Kad Bisnes, Kad Matrik, Phamplet dan Salam Ramadhan

KEISTIMEWAAN CD INI :
  • 20 Source File PSD - Imej Bitmap dan Vector
  • Koleksi Unik dan Kreatif mudah digunakan
  • Harga Murah dan Sangat Berpatutan
  • Penghantaran Percuma
  • Kini sesiapapun boleh reka grafik
  • Cover CD yang menarik


INFO CD EKSPIRASI GRAFIK
Pengalaman kami selama beberapa tahun dalam arena grafik ini telah memberi manfaat yang cukup baik dengan munculnya Ekspirasi Grafik - Koleksi Templat PSD sebagai memenuhi permintaan ramai terhadap industri grafik yang telah menjadi popular serta menjadi satu keperluan dalam penghasilan produk 2D seperti risalah, banner, kad bisnes, design blog, T-Shirt, sticker dan seumpamanya. Secara purata, ianya banyak digunakan oleh graphic designer, blogger, webmaster & sesiapa sahaja yang meminati dan mengungguli  seni digital ini.
Jika anda masih baru dalam dunia seni reka grafik ini, CD ini pasti memberi kepuasan yang jarang diperolehi.
Sekiranya di luar negara koleksi sumber grafik sebegini mencecah ratusan dollar USD, tetapi kini anda boleh memilikinya di negara sendiri Malaysia yang kita cintai dengan harga yang terendah dan berpatutan.
Semoga CD EKSPIRASI GRAFIK- Koleksi Templat PSD menjadikan anda sebagai orang yang keterhadapan dalam mempelajari grafik dengan memiliki sumber yang unik dan tidak ada di tempat lain. Malah dengan sumber templat PSD ini mudah diedit menerusi perisian popular  Adobe Photoshop membolehkan anda meneruskan kreativiti yang cukup hebat tanpa apa-apa batasan.

Setiap file PSD telah dipilih dengan penuh teliti bagi memastikan kualiti dan keunikannya untuk kepuasan pelanggan. Ia sangat mudah digunakan dan disimpan untuk kegunaan lain pada masa hadapan.
 MENGAPA CD INI PENTING ?
APAKAH FAEDAHNYA KEPADA ANDA ?

  • Menjadikan karya grafik anda lebih unik, kreatif dan inovatif !
  • Menjimatkan masa mencipta grafik yang hebat & professional !
  • Mengurangkan kos mengupah graphic designer !
  • Meningkatkan kemahiran dalam bidang rekabentuk grafik digital !
  • Miliki koleksi PSD grafik hebat dengan harga yang cukup rendah !





Ahad, 10 Julai 2011

Backdrop 1 Malaysia

Design ini terhasil dari gabungan imej-imej yang membentuk hiasan tepi seolah olah menjadi bingkai. Cover ini sesuai untuk majlis majlis yang melibatkan perpaduan kaum, sambutan kemerdekaan, cuti -cuti Malaysia dan sebagainya

Sabtu, 9 Julai 2011

Design Backdrop Hari Raya

Menampilkan latar penuh islamik dan disesuaikan dengan imej imej yang berkaitan dengan mesej yang ingin disampaikan seperti imej tangan bersalaman, pelita buluh berwarna warni, ketupat dan penggunaan tulisan jawi yang eksklusif.

Jumaat, 8 Julai 2011

Banner Sukan

Penggunaan  imej-imej sukan permainan yang dilatari imej vektor separuh melengkung diharapkan memberi kesan baik dan selesa kepada audien, di samping  maklumat yang jelas terhadap penganjuran sukan tersebut.

Khamis, 7 Julai 2011

Cover Majalah Islamik

Design muka depan majalah khas buat muslimin dan muslimat, mana tahu menjadi sumber inspirasi bagi anda yang sedang menerbitkan majalah, makalah, risalah, buku dan sebagainya. Terdapat ikon -ikon yang menarik di samping latar grafik yang pasti memukau anda.

Rabu, 6 Julai 2011

Kedatangan Orang Brunei ke IPG Kent

Syukur alhamdulillah banner Selamat Datang Kolej Universiti perguruan Ugama Seri Begawan Brunei ni siap lebih kurang 1 jam dalam keadaan kelam kabut sebab nak cepat antar ke kedai printing. Ketika ni cekup je design yang dah ada, cuma kasi ubah sikit imej bitmap dan latar di bahagian belakang adalah gambar fotografi rakan F.B yang memaparkan keindahan landskap di tepi laut. Logonya dapat melalui web rasmi KUPU.Tarikhnya 4 Julai tapi rakyat Brunei datang 6 Julai disebabkan kekeliruan dan gangguan komunikasi yang tak dapat dielakkan.

Selasa, 5 Julai 2011

Pamphlet 1 ( Risalah Berlipat )

Pamphlet ini adalah menonjolkan rekaletak dan susunatur imej dan huruf untuk membentuk suatu hasil yang dapat memberi informasi dan hiasan grafik yang boleh menarik perhatian pengguna atau pembaca. Ia memerlukan logo syarikat, informasi syarikat, gambar gambar yang berkaitan dan sebagainya. Muka depan pamphet ini apabila dilipat tiga adalah di sebelah kanan, manakala bahagian tengah adalah maklumat tentang alamat dan sebagainya.Segala maklumat dan gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah fantasi saya untuk membuka sebuah Komplek Kraf di Sabah, mana tahu suatu hari nanti menjadi kenyataan.

Isnin, 4 Julai 2011

Pamphlet 2 ( Risalah Berlipat )

Design bahagian dalam pamphlet agak simple berlatarbelakang fantasi biru bumi. Gambar-gambar disusun dalam kumpulan dan maklumat diletak secara seragam yang diletakkan vektor pin pin berwarna kuning.

Ahad, 3 Julai 2011

Cover Presentation

Cover Presentation yang dihasilkan ini adalah bagi subjek Pendidikan Seni Visual. Terdapat logo PSV yang dihasilkan khas boleh digunapakai untuk menghasilkan apa jua design dalam PSV

Sabtu, 2 Julai 2011

Kad Hari Jadi

Design kad hari jadi ni agak simple menampilkan simbol simbol tertentu dihiasi grafik vektor dan tulisan yang mampu memberi kesan pada si penerima. Jadi..... Selamat Hari Jadi Untuk Anda Yang Saya Kasihi.

Jumaat, 1 Julai 2011

Salam Ramadhan

Design Salam Ramadhan ni adalah khas untuk diguna apabila menjelang Bulan Ramadhan yang kita nantikan setiap tahun. Ekspresi design yang digabung menerusi imej bitmap dan vektor serta disulami kata kata yang memberi seribu makna dalam menjalani ibadat puasa.